07 March 2010

AL QURAN SEBAGAI SATU WAHYU YANG UNIVERSAL





Gambar dari atas ke bawah:
1-Workers clean up broken windows on the Cypriot-owned Louis Majesty cruise ship at Barcelona's port, Spain.
2-Still from amateur video shows damage to the deck of the Louis Majesty after a rogue wave killed two people.
3-Still from amateur video shows a rogue wave hitting the Louis Majesty cruise ship. The wave killed two people.
4-Louis Majesty cruise ship - Fox News

Beberapa malam lepas tatkala aku nak surf internet, selalunya aku akan buka website yahoo dahulu. Bila dah buka yahoo, tatkala paparan awal banyaklah terdapat berita2 dunia terkini yang dipaparkan dalam interface depan yahoo. Namun, apa yang menarik minat aku adalah video sebuah kapal persiaran ”cruise ship” di Mediterrenean Coast of Spain yang dipukul ombak besar setinggi 8m secara tiba2. syok jugak layan video berbentuk misteri kerana diberitakan tiada apa2 tanda seperti angin kuat, ombak bergelora dan sebagainya, tapi kapal tu kena balun dengan ombak secara tiba2.

Lepas layan internet, aku makan kat kedai sambil layan berita TV3 8 mlm. Juga ada juga klip berita tentang kapal tadi yang kena pukul ombak. Ada gambar org2 turun dari kapal dan gambar kapal berlabuh di perlabuhan...


Balik rumah, saja la aku selak2 Quran. Bila sampai pada surah Luqman, ayat 31 dan 32, mmg aku tersentak!

31:31 Tidakkah kamu memperhatikan bahwa sesungguhnya kapal itu berlayar di laut dengan nikmat Allah, supaya diperlihatkan-Nya kepadamu sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan)-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi semua orang yang sangat sabar lagi banyak bersyukur.

Yang 31:31 kira oklah lagi sebab ALLAH perlihatkan sebagian ayat2nya iaitu AL QURAN dengan bila kita melihat kapal2 kat laut tu. Tengok kapal sama dengan tengok AL QURAN lah!

Tapi 31:32 sememangnya membuatkan aku terkejut beruk!

31:32 Dan apabila mereka dilamun ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai di daratan, lalu sebagian mereka tetap menempuh jalan yang lurus. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami selain orang-orang yang tidak setia lagi ingkar.

Aku terkejut sbb tadi aku tgk kapal kena pukul ombak besar dan ayat 31:32 ialah kejadian yang berlaku di lautan Spain itu!
Segala puji bagi ALLAH, tuhan sekalian ALAM!

Ini membawa kepada satu kesimpulan berdasarkan 31:31, tatkala kita melihat kapal2 berlayar di laut sebenarnya kita melihat sebahagian daripada ayat2NYA! Benar sama sekali. Terbukti dan ada bukti dan satu dunia tengok!

Ini bermakna apa yang dinyatakan dalam AL QURAN ialah apa yang terjadi dalam kehidupan kita hari demi hari, masa demi masa. Buktinya cerita kapal dipukul ombak misteri tadi.

Bermakna, ayat2 AL QURAN tidaklah menyatakan sejarah, yakni perkara yang telahpun berlaku pada zaman dahulu, malah ia membuktikan ayat2 Q itu ialah apa yang terjadi sekarang dan yang bakal terjadi pada masa hadapan.

Mungkin juga kisah tadi sebagai peristiwa yang jauh tetapi Q menjelaskan kehidupan yang kita jalani setiap masa.
Oleh itu, kefahaman bahawasanya Q itu sebagai satu kitab sejarah juga tepat tetapi sebagai tambahan, Q juga kitab yang memperihakan perkara yang telah lepas (sejarah), tetapi juga perkara yang berlaku sekarang dan juga yang pasti berlaku ke hadapan.

kerana Q itu ialah satu petunjuk universal yang bukan direka2 oleh Muhammad tetapi adalah kata2 daripada Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana.

Dengan ini, Q tetap dan pasti sesuai dengan sebarang bentuk perubahan, tak kira masa, keadaan ataupun pembolehubah. Q satu wahyu yang fleksible!

Malah Q itu membenarkan segala bentuk kewujudan dan perihal yang berlaku sekarang. Dan sesungguhnya Sunnatullah tidak pernah berubah sama sekali baik dahulu, sekarang dan akan datang!

Mengapa peristiwa yang nampak simple ini tidak digunakan oleh umat Islam sebagai satu bukti fizikal bagi dijadikan sandaran kebenaran kitab sanjungan mereka?
Inilah point yang sangat ampuh untuk menegakkan yang HAQ yakni ajaran Q sebagai bukti bahawa agama Ibrahim dan Muhammad ini – benar sama sekali.

Dan seharusnya kejadian yang seolah2 biasa tetapi ada sedikit misteri ini harus dicanangkan dan disertakan ayat 31:31 dan 31:32 tadi bagi membuktikan kepada manusia sejagat bahawa kitab yang paling universal dan benar ialah Q!

Dan untuk mengenepikan hujah2 bahawa Muhammad reka Q. Kebolehan dia sbgi rasul utk foresee kejadian yang bakal berlaku pada zaman baginda tidaklah dipertikaikan. Namun, ini menambahkan kredit bahawa Muhammad itu hanya memberikan peringatan dengan wahyu yang diturunkan ALLAH kepadanya.

32:2. Penurunan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, adalah daripada Pemelihara semua alam.

Saya mensyorkan sesiapa sahaja, khasnya pihak berkuasa dalam bidang agama agar menjadikan point ini sebagai bukti kebenaran ajaran ISLAM dan lebih peka dan bekerja lebih pantas dalam dunia yang moden ini utk menegakkan ajaran daripada Tuhan Yang MAHA AGUNG. Berdakwahlah secara bijaksana dan penuh kaseh sayang!

reference:
http://www.cnn.com/2010/WORLD/europe/03/03/cruise.ship.wave/index.html?section=cnn_latest

1 comment:

suri said...

waaa, manyak lawa laa ini punya layout. Congrats:)

Good article :)

BEnar atau salah berpaksi pada ind sendiri. Benarlah kalau ada yg membenarkan. people use to say that the earth is square, then some ohthers say it is round. finally they say it is a bit like oval shape. whatever the justification may be... the earth still will remain they way it is, despite the definitions of its physical shape as presumed by many. it is the way it is..that is the real truth. But whatever it is, whatever we each believe in, hold on it tightlly so that it does not shattered. Again that is the real truth, of who we are.
who are we?
we are what we hold on too & some say what we eat..kihkihkih
so there!
berjuanglah untuk diri sendiri, kerana musuh yg paling hebat adalah diri sendiri itu jua :)

adios amigos!

My Blog List

Flickr

Taman-taman dan Mata-mata Air

Loading...

Other Thinkers

About Me