20 May 2013

Hari Kiamat


[43:85] Dan Maha Suci Tuhan Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; dan apa yang ada di antara keduanya; dan di sisi-Nya-lah pengetahuan tentang hari kiamat dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.

QiyammuHu Binafsih - Berdiri "Dia" dengan sendiriNya.


Istilah Bahasa Arob:
Yaum - Hari, tempoh, masa
Qiyam - Bangkit, tegak, berdiri
Ummah - Bangsa, Umat

Yaumil Qiyamah - Hari Kebangkitan Umat

Kiamat - Kebangkitan
Merasaikan Mati - Kehidupan.

Bayi akan di"bangkit"kan (dikiamatkan)
Bangkit - Kiamat - BERdiri yakni ada DIRI!
* Hari Kiamat ialah pada setiap saat manusia itu dibangkitkan sejak daripada bayi ( ruh mempunyai DIRI sendiri (kenyataan sifat maani - manifestasi ketuhanan dlm bentuk keinsanan) sehinggalah menemui maut, waktunya sekarang!
* juga pada pengertian hakikatnya, kiamat itu adalah tatkala manusia itu mencapai kesedaran TIADA TUHAN HANYA ALLAH sebenar2 kesedaran yakni dia yg tidak WUJUD pada majazi, yg WUJUD hakiki hanyalah ALlah semata2...


23 April 2013

Tuhan DIdahulukan, Hamba DIkemudiankan....

Sebenarya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu MENSIFATI (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya). 21:18

* kata dasar MENSIFATI adalah dirujuk
* jika kata sendi MEN digunakan, org yang buat kerja itu ada KUASA. berkeupayaan melakukan kerja.
* sepatutnya MEN diganti dgn DI yakni DISIFATI, yakni org yang buat kerja itu diberikan KUASA untuk berkeupayaan melakukan sesuatu kerja.
* MEN khas utk tuhan. "DI" khas utk hamba.
* tak hairanlah tuhan mencelakakan makhluk yg MENSIFATI kerana makhluk tidak memahami konsep adanya tuhan dan hamba, dan konsep syirik.
* makhluk wajar menggunakan DISIFATI agar sentiasa berada dlm keadaan kehambaan walaupun telahpun faham sifat2 tuhan yang meliputi atas segala sesuatu.
* setelah memahami konsep DI ini, yg mana segala2nya adalah DI...dilimpahi, diberikan rezeki, diberikan petunjuk, dibukakan pintu hati, diluaskan kelapangan, diwahyukan - di mana Tuhan dahulu, baru hamba kemudian walaupun dalam konteks kefahaman ketuhanan tuhan meliputi atas segala sesuatu, namun bagi mengelakkan salah faham syirik, di mana tuhan berpisah dengan makhluk.

* Tuhan wajar "DI" dahulukan, hamba "DI"kemudiankan...

sedikit sahaja perbezaan, tetapi membawa kepada kecelakaan yang besar esp kpd para pengkaji ketuhanan yang mendasarkan pegangan tauhid kepada sifat 20.

16 April 2013

Rahsia tetap rahsia, bukan untuk dijaja

وَلْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا
janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorangpun
Q 18:19

* perihal pertemuan insan dengan hakikat ketuhanan bersifat rahsia sesuai dgn ayat Q di atas.
* rahsia bg mereka yg tidak tahu.

* tetap jika mereka yg mengetahui sstu perkara yg rahsia mencanangkan satu dunia bhw mereka telah mengetahui rahsia ketuhanan adalah tidak rasional dan tidak memahami intipati ayat 19 ini.
* kurangnya bijaksana dlm mencernakan berita yg disampaikan apatah lg kononnya bersyukur bhw para salik yg mencari telah bertemu dgn rahsia ketuhanan malah mewarwarkan kpd awam - ternyata ada kepentingan peribadi.
* sejarah Muhammad bertahanut di Gua Hirak bersifat rahsia dan tidaklah dijaja demi publisiti murahan
* ibadah adalah bersifat personal dan tidak wajar dihebahkan kpd awam

nak mengaji ketuhanan pun nak kena bising satu dunia ka?
Barat tengah buat experiment kaji God Particle rileks ja...

inilah masalah gagal memahami adab2 menuntut ilmu dan minda yang tertutup mendengar nasihat serta jika pun telah matang berfikir, mind block dibuat demi utk mencapai objektif peribadi.

maaf jika terkasar bahasa. sedikit marah kerana mereka bertindak seolah2 tiada batas sempadan.

08 April 2013

Memilih pemimpin

salam.

sejarah muhammad menjadi rasul

  • waraqah bin naufal sahajalah manusia yang terlibat dalam menentusahkan muhammad SAW itu rasul/nabi.
  • tetapi dia tidak memeluk agama Islam malah buat macam biasa sahaja.

  • hanya jauhari mengenal manikam
  • waraqah bin naufal ialah seorang nabi/rasul/wali Allah. kerana rasul/nabi/wali Allah sahajalah yg akan mengenal masing2.
  • dalam jalan kesufian, ada wasilah/susur galur ilmu yg diwakilkan bersanadkan drp muhammad.
  • gurulah yg mengenal wakilnya dan memberi tahu kpd semua - inilah wakil aku bila aku dah kembali. sama juga konsep waraqah bin naufal yg menentusahkan kerasulan/kenabian muhammad.
pangkat/seniority
  • org yg ada degree sudah pasti menjadi ketua kpd org yg tidak ada degree amnya. 
  • jika dlm pasukan beruniform, wp ssorg itu berpengalaman, namun mungkin tidak boleh menjadi ketua sekiranya tidak mempunyai kelulusan yg sewajarnya.
  • maka, jika org muda berijazah masuk tentera, org lama terpaksa akur dan tabik mengakui rank yg telah ditetapkan.
  • guru dah lantik wakil guru. terima sajalah. wp takdak pengalaman mcm hangpa, namun dia telah "graduate" dgn cemerlang. wajarlah dia menjadi guru/tukang bg peringatan. itu saja
kelayakan 
  • ramai komplen dia tu tak boleh jd ketua sbb tak layak.
  • apa kelayakan sepatutnya telah dijelaskan melalui analogi rank dlm tentera di atas
  • kenapa muhammad diangkat menjadi rasul oleh ALlah?
  • 1- benar, 2- amanah 3- menyampaikan 4- kebijaksanaan
  • tak timbul muda tua, ada pengalaman takdak pengalaman tapi dia ada 4 ciri2 yg disebut di atas. hangpa tak cukup 4 itu saja.
awat yg hangpa kalut tak tentu pasai?
ingat dah tua, perangai mcm budak2....

p/s: sekadar cubaan menulis kembali. tq

10 August 2011

Al Fatehah

Mereka itu adalah orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, yaitu para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang-orang yang Kami angkat bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israil, dan dari orang-orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.
Surah Maryam: Ayat 58

Ayat di atas adalah dirujuk.

إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ ءَايَٰتُ ٱلرَّحْمَٰنِ

Iza tutla 'alaihim ayaatur rahman

Terjemahan Quran pelbagai versions:
Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka - Indonesian Version
Whenever the Signs of (God) Most Gracious were rehearsed - Abdullah Yusof Ali
When the revelations of the Beneficent were recited unto them - Muhammad Marmaduke Pickthall
When the revelations of the Most Gracious are recited to them - Rashad Khalifa
when the communications of the Beneficent Allah were recited to them - Shakir

perkataan tutla diterjemahkan sebagai dibacakan, rehearsed, recited.
saya mengambil pemahaman dibacakan / disingkapkan seperti revelation.

dalam ayat maryam:38,
terdapat beberapa golongan yang disebut yakni nabi serta golongan2 mereka yang diberikan petunjuk dan telah dipilih Tuhan.
di sini, apabila diBACAkan ayat2 dari Ar Rahman (Tuhan), mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.

soalnya, 
1) Siapakah yang memBACAkan ayat2 Tuhan kepada mereka atau erti kata yang lain, menyampaikan wahyu kepada mereka? Jibrail ? Para2 Nabi di atas diajarkan oleh siapa?
2) Apakah yang ayat / wahyu / revelation yang diBACAkan kepada mereka sebenarnya? Sedangkan Qur'an yang memgikut sejarahnya lengkap oleh Muhammad SAW? atau keturunan Adam, Nuh, Ibrahim telahpun mempunyai "kitab"?

Dua persoalan di atas membawa kepada beberapa soalan yang berkaitan yang terdapat dalam ayat2 berikut:

[2:37] Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

Apakah beberapa kalimat yang diterima Adam daripada Tuhannya?

[96:1] Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,

Muhammad diperintahkan BACA, apakah yang diBACA oleh Muhammad di mana ayat ini merupakan perintah memBACA daripada Tuhan?

[2:2] 2. Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,

tatkala ayat ini diwahyukan kepada Muhammad SAW, berdasarkan sejarah, Qur'an bukan lagi berbentuk kitab, dan dikitabkan pada zaman sahabat. Dengan ini, perkataan kitab diwahyukan padahal Quran belum lagi dikitabkan! apakah makna sebenar kitab di sini?

Pada kefahaman saya, semua ayat2 di atas saling berkaitan dan mempunyai jawapan.

19:58 merujuk kepada ayat yang dibacakan kepada para nabi dan golongannya. ayat tersebut adalah 7 ayat yakni surah al fatehah.

adam menerima beberapa kalimat daripada Tuhannya. perkataan beberapa di sini merujuk kepada jumlah yang tidak banyak dan boleh dihitung dengan mudah. kalimat2 tersebut saya yakin 7 ayat yakni al fatehah. ada yang berpendapat kalimat2 tersebut adalah asmaul husna, saya tidak menolak tetapi jumlah asmaul husna 99 nama adalah banyak dan perkataan beberapa ini sesuai kepada 7 ayat. Jika mengambil terjemahan surah Al Fatehah, sangat2 logik untuk org bertaubat (Adam telah melakukan kesalahan) dan dengan memyebut ayat2 Al Fatehah, Tuhan menerima taubat Adam.

perintah Iqrak oleh Tuhan kepada Muhammad SAW juga dijawab oleh Muhammad dengan membaca 7 ayat yakni Al Fatehah.
Ini kerana Iqrak, perintah "Bacalah dengan Nama Rob Yang Menciptakan", Muhammad menerima perintah Tuhan dengan membaca Bismillah diikuti dengan 6 ayat Al Fatehah.
ayat ke 2 Al Baqarah menyatakan "kitab" ini merupakan petunjuk kepada mereka yang bertaqwa. Walaupun Al Fatehah hanya 7 ayat, tetap dapat dianggap sebagai satu "kitab". Dan Al Fatehah dapat dijadikan petunjuk kepada mereka yang bertaqwa.

kesemua ayat2 di atas , jawapannya ialah Surah Al Fatehah yang diajarkan oleh Tuhan kepada Adam kemudian diajarkan kepada para nabi2 serta keturunannya sehinggalah perintah Iqrak kepada Muhammad SAW.

dalam solat juga diperintahkan membaca Al Fatehah di mana merupakan salah satu rukun solat. apabila rukun tidak lengkap, makan batallah solat. Logiknya, mana mungkin Surah Al Ikhlas dibacakan sebagai rukun solat kerana pemahaman Qur'an itu diwahyukan pada zaman Muhammad SAW.
dengan ini, membenarkan bahawa Surah AL Fatehah ini adalah pembawakan dalam solat oleh org2 terdahulu yakni para rasul dan anbiyak mulai Adam hingga Muhammad.

Al Fatehah juga dikenali sebagai Umul Kitab, ibu segala kitab. juga Ummul Qur'an, yakni Imam kepada Qur'an.

Surah Al Fatehah (Pembukaan)

1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
 2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
 3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
 4. Yang menguasai di Hari Pembalasan.
 5. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
 6. Tunjukilah kami jalan yang lurus,
  7. (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

23 June 2011

Tentangan kepada Quran


[22:72] Dan apabila dibacakan di hadapan mereka ayat-ayat Kami yang terang, niscaya kamu melihat tanda-tanda keingkaran pada muka orang-orang yang kafir itu. Hampir-hampir mereka menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami di hadapan mereka. Katakanlah: "Apakah akan aku kabarkan kepadamu yang lebih buruk daripada itu, yaitu neraka?" Allah telah mengancamkannya kepada orang-orang yang kafir. Dan neraka itu adalah seburuk-buruknya tempat kembali.

apa aku nak kata:
perbezaan pendapat nampaknya tidak dibenarkan atau diterima dalam perbincangan akademik tentang agama. walaupun telah diberitahu secara berhemat dan tertib, namun apabila nafsu menguasai diri, perbincangan bertukar menjadi medan mahkamah. harus ada betul dan salah dan hukuman harus dijatuhkan.

apabila seseorang telahpun menilai dan menghakimi atas dasar emosi dan ego, maka kerugian menimpa.

akhlak yang positif seperti berlapang dada, tidak menyimpan sebarang prasangka dan memaafkan seseorang atas dasar kasih sayang tidak terpancar daripada diri yang mendakwa merekalah muslim/muslimah sejati.

malah, renungan mata dan riak muka mencerminkan ketidakpuasan hati dan menunggu sebarang kesilapan untuk dijadikan bukti dalam memenangi perdebatan yang tiada faedah. umpama menang jadi arang, kalah jadi abu. sikap tidak boleh ditegur kerana "aku lebih baik daripada engkau" dan penilaian dari segi kredibiliti terserlah.

ternyata ilmu yang dipelajari di universiti hanyalah ilmu hukum, logik betul dan salah dan gagal memahami fungsi aqal yang dianugerahkan untuk berfikir bg membeza buruk dan baik.

tidak hairan lah kenapa umat Islam begitu mundur dan tidak maju akibat malas  berfikir dan mengikut sembrono apa yang dihidangkan kepada minda mereka. kejumudan atau kegagalan mencapai tahap berfikir yang tinggi, ataupun pada dasarnya menerima perbezaaan pandangan merupakan tanda kegagalan memahami ajaran Tuhan yang sebenar.

dakwaan mereka menjadikan para anbiya' dan rasul sebagai role model dalam akhlak dan segala2nya tidak terpancar daripada peribadi dan pembawakan seharian. sekiranya mereka bermuhasabah setiap hari, seharusnya mereka memahami bahawa para anbiya' dan rasul menerima apa jua pandangan dan bersifat siddiq, amanah, tabliq dan fatonah dalam menyampaikan agama.

sikap bermuka2 dan bertopengkan diri dengan memakai pakaian bersifat agama terdapat di mana2.
malah, mereka yang membacakan ayat2 Qur'an pula ditentang dan dihalangi daripada dirujuk sedangkan dilontarkan permasalahan agama, mereka gagal memberikan jawapan dan tidak pasti.

apakah mereka cuba memadam cahaya ALlah?

9:32. Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai.

[61:8] Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya".

mana mungkin cahaya ALlah dapat dipadamkan kerana Allah pasti menyempurnakan cahayaNya...

My Blog List

Flickr

Taman-taman dan Mata-mata Air

Loading...

Other Thinkers

About Me